Login Help Register
Ngobrol
.

Hari Ini

Demi Masa

Tentang Ngobrol

Awas!!!

JALUR GEMILANG

DAULAT TUANKU

Saham Akhirat I

Bunyi

Bunyi II

3 Terburuk Pasal True_na

3 Lagi Terburuk Pasal True_na

PROTES !!!

True_na Suka Makan:

True_na Suka Minum:

Promo I

Kategori

Imej I

Imej II

Arkib



Blog Kegemaran

Penyokong Blog

Tentang : True_na

Nama Gelaran True_na
Umur 32
Jantina Lelaki
Bandar Shah Alam
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Belum Berkahwin
Kaum

Wednesday, January 25, 2012

Alas Perut

Spagheti goreng sardin...


Tag/Label : makan
Dipostkan @ 07:59 AM | 5 Komen | Report Abuse

Sunday, January 22, 2012

Nilai Isteri

Isteri yang 'mahal' lagi 'bernilai' pada pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang & harta, tetapi kepada iman & kasih dalam jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilai dirinya kepada wang, wang akan hilang serta habis. Kalau diletakkan kepada iman & kasih suci dlm hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga. InshaAllah.

~Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman~


Tag/Label : islam
Dipostkan @ 11:28 AM | 3 Komen | Report Abuse

Thursday, January 19, 2012

Penebasan

Sewaktu aku mula nebas rumah Datin R, agak terkonpius dengan hari. Terkonpius sebab ingat hari tu hari Jumaat, rupanya hari biasa. Sebabnya rumah Datin R ada buka bacaan surah-surah dari Al-Quran dari rakaman cakera padat. Yelah, rumah baru. Dan di kejiranan rumah Datin R tu masih ada beberapa lot banglo yang belum didiami, masih tunggu pembeli atau penyewa.


Tag/Label : nebas
Dipostkan @ 08:29 AM | 7 Komen | Report Abuse

Tuesday, January 17, 2012

Kek Cekelat

Rezeki ehsan insani, alhamduLilah...


Tag/Label : makan
Dipostkan @ 05:59 AM | 6 Komen | Report Abuse

Sunday, January 15, 2012

Jual Borong

Nak jual borong, tiga bijik 10 sen...


Tag/Label : poyo
Dipostkan @ 09:07 AM | 5 Komen | Report Abuse

Saturday, January 14, 2012

Mimpi

Merungut dapat ayam sikit dan kecik, plak tu panas. Baru je nak masuk mulut terdengar azan subuh... Mimpi rupanya...


Tag/Label : tido
Dipostkan @ 09:52 AM | 3 Komen | Report Abuse

Friday, January 13, 2012

Dialog Berpahala


Tag/Label : info islam
Dipostkan @ 07:25 AM | 3 Komen | Report Abuse

Thursday, January 12, 2012

Asam Pedas Selangor

Asam pedas Selangor rasa lain skit. Jauh nak cari, celah-celah ceruk kampung...


Tag/Label : makan
Dipostkan @ 06:54 AM | 6 Komen | Report Abuse

Wednesday, January 11, 2012

Limau

Musim makan buah limau banyak-banyak kembali lagi...


Tag/Label : makan
Dipostkan @ 07:28 AM | 4 Komen | Report Abuse

Tuesday, January 10, 2012

Menara KL

Dah sampai tapi tak dapat naik...


Tag/Label : lanskap
Dipostkan @ 11:29 AM | 6 Komen | Report Abuse

Monday, January 9, 2012

Aksi

Ada ke plak aku disuruh beraksi depan kamera. Katanya nanti aku popular bleh dapat bayaran nebas lebih. Tapi bayaran yang ditawarkan pada aku tu dirasakan kurang wajar. Belum apa-apa dah demand. Tapi suka hati akulah kan, dia orang yang nak bukan aku yang terhegeh-hegeh cari dia orang...  


Tag/Label : nebas
Dipostkan @ 08:20 AM | 6 Komen | Report Abuse

Friday, January 6, 2012

Teloq

Sekarang dah tak jumpa telur gred A. Kalau kat pasar raya tak tulis gred, ikut saiz pulak. Kat pasar malam je jumpa telur yang besar skit, tapi tak besar. 

Kalau makan kat KFC pun sekarang ayam tak sebesar dulu. Ke ayam-ayam kat Malaysia sekarang kurang makan atau dah tak kena 'inject'?


Tag/Label : poyo
Dipostkan @ 07:51 AM | 6 Komen | Report Abuse

Thursday, January 5, 2012

Mujur

Mujur bangun pagi ni terasa segar. Punyalah banyak keje semalam, takut jugak sambil-sambil nebas tertido. Mungkin pasal pemakanan yang buat aku ngantuk tak tentu pasal. Nak tengok hari ni macam mana plak...


Tag/Label : makan nebas
Dipostkan @ 07:17 AM | 4 Komen | Report Abuse

Wednesday, January 4, 2012

Mula

Seawal pagi jalan raya sudah mula sibuk dipenuhi kenderaan. Sesi persekolahan yang bermula hari ini menjadikan sesetengah bulatan di Shah Alam lebih sesak dari bulan sebelumnya...


Tag/Label : shah alam
Dipostkan @ 08:36 AM | 2 Komen | Report Abuse

Friday, December 30, 2011

3G

Gedebuk sana

Gedebuk sini

Gedebuk situ

Gedebak gedebik gedebuk Imam Jusoh kena malam tadi.

Yang memberikan 3G itu pun makmum-makmum yang sentiasa berjemaah bersama-sama dengan beliau. Ramai yang menyimpan dendam kesumat terhadap beliau rupanya. Setahun mereka simpan. Setahun itu jugalah Imam Jusoh merasakan hubungan beliau dan jemaah yang lain seakan akrab. Rupanya sangkaan Imam Jusoh meleset.

Terserlah rasa sedih dan sayu di riak wajah beliau. Sepanjang 3G dilemparkan pada beliau, sepanjang itulah Imam Jusoh tertunduk. Bukan kerana tunduk rasa malu, tapi aku merasakan betapa hati beliau disiat-siat tanpa rasa belas.

Antara yang memberikan 3G kepada Imam Jusoh kebanyakannya di kalangan umur sebaya Imam Jusoh sendiri. Walaupun Imam Jusoh telah menjelaskan permasaalahan yang dihadapi beliau hampir semua tidak boleh terima. Semua ego dengan 3G masing-masing; merasakan Imam Jusoh patut dihukum mandatori, tanpa belas.

Bila Imam Jusoh memberikan fakta agama yang membolehkan beliau membela diri sendiri, yang memberikan 3G kepadanya terang-terang dengan nada marah merasakan diri diperbodohkan.

Memang bodoh. Setelah usia di penghujung masih tidak tahu hendak menyelesaikan masalah. Imam Jusoh dihukum 100% salah, dan mereka merasakan mereka 100% benar. Bukan soal siapa betul siapa salah. Semua orang melakukan silap.

Aku tak hairan kalau mereka berkelakuan begitu. Sedangkan di sekolah, guru tidak lagi dihormati. Suka-suka pelajar untuk tidak suka guru-guru, malah ada yang bertindak melampaui batas dengan membelasah guru.

Bapak borek anak rintik.

Imam dan guru. Agak terperanjat jugak bila Imam Jusoh dimalukan di khalayak ramai. Beliau Imam, bukan sekadar menjadi Imam, banyak masanya juga memberikan sedikit tazkirah merujuk Al-Quran serta tafsir selepas Asar. Kalaupun merasakan beliau tak cukup menyumbang, mana pula tanggungjawab jemaah yang melemparkan 3G kepada Imam Jusoh dalam menjadi manusia bernama LELAKI ISLAM.

Memang sukar untuk menangani dan berdepan dengan umat akhir zaman. Semoga Allah memberikan rahmat dan nikmat kepada Imam Jusoh. Moga jua Allah berikan kekuatan dan ketabahan kepada beliau...


Tag/Label : sengal
Dipostkan @ 09:44 AM | 9 Komen | Report Abuse

Thursday, December 29, 2011

Rezeki

Semalam terima upah nebas dari Dato' W. Berkepuk-kepuk nota RM50 yang dia peggang, tapi yang patut dia bayar taklah sebanyak itu. Dia nak bagi banyak, kalau aku tipu pun boleh. Tapi tak baiklah kan, tak halal plak rezeki.

Sebaik aku menyetat kemetot kuar dari banglo dia, aku nampak Dato' W lambai-lambai panggil aku semula. Dia ada bagi lagi sikit untuk buat bayar duit petrol katanya. Tak pernah-pernah aku dapat upah untuk duit petrol.

Mungkin saja bayaran aku tu agak rendah, tapi tak jugak. Alah, dia pun kaya. Setakat bayar duit nebas aku tu agak-agaknya cuma 1% dari pendapatan dia tiap-tiap bulan.

Apa lagi... Dapat duit petrol kononnya, pi buat joli la...

Ala, gi belanja kat pasar malam je. Beli makanan banyak-banyak. Beli jugak buah longan ngan rambutan sampai 3kg. Sekarang ni kepala tengah sakit mungkin pasal makan longan banyak sangat.

Tengah kemas-kemas banglo aku yang sepah tadi jumpa sampul ada nota-nota ringgit dalamnya. Duit sapa? Kira duit aku lah kan sebab aku je duduk banglo ni sorang-sorang...


Tag/Label : nebas
Dipostkan @ 12:34 PM | 9 Komen | Report Abuse

Tuesday, December 27, 2011

Unta KL

Unta ni sekor je yang ada kat KL selain yang ada kat zoo...


Tag/Label : lanskap
Dipostkan @ 10:53 PM | 8 Komen | Report Abuse

Sunday, December 25, 2011

Ubat Sakit Hati


Tag/Label : islam
Dipostkan @ 07:30 AM | 1 Komen | Report Abuse

Saturday, December 24, 2011

Ngopi di Kedai Kopi


Tag/Label : ngopi
Dipostkan @ 07:39 AM | 6 Komen | Report Abuse

Friday, December 23, 2011

Pemula

Makan banyak takut ngantuk, makan sikit tak cukup takut lapo balik, makan cukup-cukup tak reti...


Tag/Label : makan
Dipostkan @ 07:02 AM | 11 Komen | Report Abuse

Halaman: < Prev . 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . 6 . 7 . 8 . 9 . 10 . Next >
Hakcipta © ekawan.com. Enjin Cari Kawan!™. Semua syarat tertakluk.